Rabu, 19 Jun 2013

Cucur ikan cencang rebung

IKAN
FISHES



IKAN LAUT

MARINE FISHES






Ikan cencang rebung

Clupeioides lile
Ikan cencang rebung(Clupeioides lile) sejenis ikan laut.
Harga semasa (20/12/11) di salah sebuah market di Bagan (Butterworth) ialah RM 5.00 sekilo.

Sejenis ikan laut lain yg.seakan ikan ini ialah ikan bunga air (Itolephorus spp dan Engraulis spp).Badan ikan bunga air kembung sikit,sebaliknya ikan cencang rebung leper atau pipih.






Clupeioides lile
Sedap dibuat cucur atau masak pindang (kami panggil asam pedas kuning).
Kalau nak buat cucoq,kena buang tulang.



Buang kepala,ekor dan perut.Cuci bersih dan sejat airnya.Leperkan ikan dengan menekan isinya dari arah dalam perut.



                                                     Perlahan-lahan tanggalkan tulang.


 Sediakan bancuhan tepung seperti membuat pisang goreng (cucoq pisang).Bancuhan tepung ni terpulang kepada kesukaan masing-masing,kerana terdapat bermacam bancuhan.



Cucur Ikan

Cucoq ikan sedap dicicah sos cili atau cili cuka yg.dibuat sendiri.
'Fish fritters delicious to be taken with chilly sauce or homemade vinaigrette chillies'



Resepi drp.arwah tok.(al-fatihah utk.nenda)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan